Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Wan Sukairi - Mungkin Syed Saddiq 'tersilap baca'?

Wan Sukairi Mungkin Syed Saddiq tersilap baca

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman mungkin 'tersilap baca' atau tidak menerima maklumat tepat berhubung pemakaian patuh syariah yang bakal dilaksanakan ke atas atlet di Terengganu.

Menurut beliau, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, jelas ianya hanya dilaksanakan kepada atlet beragama Islam di negeri itu sahaja.

Pakaian patuh syariah itu tidak akan menjejaskan prestasi golongan berkenaan, bahkan dalam keadaan tertentu, bakal memberi lebih jaminan kepada mereka dari sudut keselamatan, katanya.

Katanya pada hari selasa lepas, "Ini hanya terpakai untuk atlet-atlet di Terengganu sahaja dan bukan satu arahan untuk atlet luar dari Terengganu. Kita punya kuasa pun untuk negeri Terengganu sahaja. (Atlet) Yang lain, di luar bidang kuasa kita".

Syed Saddiq mempertahankan atlet dan mengatakan pakaian sukan pilihan mereka perlu dihormati pada isinin.

Beliau turut melahirkan kebimbangannya terhadap masa depan beberapa sukan seperti renang, gimrama dan bina badan.

Wan Sukairi menjelaskan, setakat ini hanya maklum balas positif yang diterima menerusi langkah yang bakal diperkenalkan itu.

“Pihak kerajaan negeri juga akan mengambil nasihat Datuk Mufti untuk menetapkan garis panduan, apa sebenarnya yang boleh dan apa yang tidak boleh,” ujarnya.

Mengulasnya lagi, langkah yang dilakukan itu adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri meletakkan Islam sebagai tonggak pentadbiran utama, termasuk sukan.