Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Serah gelang emas sumbang pada tabung Bantu Najib

Melaka, semalam, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang menyerahkan gelang tangannya untuk didermakan kepada Tabung Solidariti bantu Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan bagi memudahkan urusan guaman bekas Perdana Menteri itu.

Menerusi klip video yang dimuat naik dalam akaun Facebook beliau, Zaleha berharap pemberian itu dapat membantu Najib Razak yang kini dianggapnya sedang melalui detik-detik sukar untuk membersihkan namanya berhubung dakwaan membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd sebanyak RM42 juta.

"Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang mulia ini saya mahu serahkan gelang emas kesayangan yang saya pakai ini, yang saya sayangi untuk tabung Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Semoga Allah melindungi Najib daripada perkara-perkara yang menganiaya beliau dan parti kita, UMNO," katanya dalam video tersebut yang dimuat naik hari ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Razlan Rafii sebelum ini berkata, langkah melancarkan tabung Bantu Najib itu diambil selepas menyedari Najib Razak membuat rayuan mencagar rumahnya bagi membayar wang jaminan RM1 juta yang ditetapkan Mahkamah Tinggi, kelmarin.

Katanya, matlamat utama tabung Bantu Najib itu adalah bagi mengumpul wang sebanyak RM500,000 sahaja dan ditutup serta-merta apabila jumlah itu berjaya dicapai dalam tempoh tersebut.

Setakat pukul 5 petang semalam, jumlah kutipan yang telah dikumpul adalah sebanyak RM223,908