Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Tun M tidak tunduk desakan usir Dr Zakir Naik

Kerajaan Malaysia tidak mudah tunduk kepada desakan berhubung tindakan hak berikan perlindungan kepada pendakwah bebas Dr Zakir Naik kerana perlu mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk undang-undang, ujar Tun M, Perdana Menteri Malaysia yang kedua kali.

Tun M dan Zakir Naik

Mengenai desakan sesetengah pihak supaya Zakir dihantar pulang ke negara asalnya India, Dr Mahathir berkata : "Kita tidak selalunya terpaksa ikut kehendak orang lain, kita kena tentukan sebab-sebab kita respon kepada mana-mana desakan sama ada dia (Zakir) mengikut undang-undang ataupun tidak. Kalau tidak, ada orang akan jadi mangsa."

Dalam sidang media terbaru, selepas menyampaikan perutusan pada taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir ditanya mengenai cadangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy supaya Zakir dihantar pulang ke India agar hubungan dua hala Malaysia dengan India tidak terganggu.

Terdapat beberapa portal berita utama Malaysia melaporkan Zakir akan dihantar pulang ke India. Dr Zakir naik didakwa terbabit dengan serangan pengganas di Dhaka serta pengubahan wang haram telah meninggalkan India pada 2016.

Kerajaan India telah membatalkan pasport Dr Zakir Naik setelah beliau banyak kali mengabaikan permintaan agar hadir di Badan Penyiasat Kebang saan India bagi membantu siasatan.

Admin berpendapat susuk tubuh pendakwah ini, yang seringkali mengutuk keganasan, pasti tidak terlibat dengan tuduhan melakukan keganasan yang dilihat hanya untuk menganiaya beliau. Jelas sekali ada kuasa politik di India membenci gerak kerja dakwahnya yang dilihat tidak terkalahkan.