Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Tun M hadir ke SPRM

Tun M, Perdana Menteri malaysia yang ke 7 hadir ke SPRM pada hari ini. Kehadiran PM ke 7 ini bagi melaksanakan tugas hariannya pada ulang tahun ke-93 beliau.

Antara tugas Tun M di SPRM adalah menyertai kira-kira 160 anggota pentadbiran kerajaan termasuk jemaah menteri, mengikuti taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya.

Menurut kenyataan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), taklimat tersebut adalah untuk memberi pendedahan mengenai pelbagai aspek berkaitan rasuah dan usaha pencegahan buat anggota parlimen dan anggota pentadbiran kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Taklimat tertutup itu telah dijadualkan bermula 9.30 pagi, turut disertai setiausaha politik serta hampir semua anggota parlimen Pakatan Harapan (PH). Kerajaan baharu PH dilihat benar-benar serius dalam memerangi rasuah dari atas hingga ke akar umbi.