Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Tok Mat - Tidak sah dan batal

Tok Mat Tidak sah dan batal

SEREMBAN - Dr S Streram, bekas calon PKR Dun Rantau PRU14, terkejut dan tidak menyangka Datuk Seri Mohamad Hasan memfailkan rayuan pada saat akhir terhadap keputusan petisyen Dun Rantau yang diputuskan tidak sah dan batal.

Kata beliau, keadaan itu seolah-olah memperlihatkan yang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu sengaja melambat-lambatkan proses pilihan raya.

"Saya terkejut bila beliau pada saat akhir buat keputusan untuk buat rayuan kerana sebelum ini nampak begitu yakin untuk hadapi pilihan raya sekali lagi.

"Berdasarkan kenyataannya di media, beliau berkata, rayuan itu hendak bebaskan namanya daripada perkaitan apa yang berlaku pada penamaan calon lalu.

Ketika dihubungi Sinar Harian, beliau berkata ke media, "Saya pelik, apa yang nak dibebaskan? Adakah beliau terlibat dengan halangan terhadap saya pada waktu itu atau sebenarnya sengaja nak lambatkan PRK".

Beliau juga mempersoalkan adakah Mohamad takut dan mula tidak yakin untuk berhadapan PRK yang akan diadakan.

Biarpun belum pasti bila PRK akan diadakan, namun Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau itu akan meneruskan gerak kerja yang telah dirancang terutamanya dalam mendekati pengundi.

Semalam, Mohamad menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, memfailkan rayuan terhadap keputusan petisyen PRU14 yang memutuskan kemenangannya di Dun Rantau, tidak sah dan terbatal di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Tegas Mohamad, rayuan yang dibuat adalah kesinambungan daripada notis rayuan yang difailkan, semalam.

“Rayuan juga difailkan demi kepentingan pengundi di kawasan saya dan sebagai langkah terakhir untuk mempertahankan posisi saya sebagai Adun Rantau,” ujarnya.