Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Segala khidmat kamu tidak ternilai, kata Syed Saddiq

Syed Saddiq

Kuala Lumpur : Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menyifatkan tugas yang dilakukan Numan Ariff sebagai tidak ternilai.

Menerusi mesej ringkasnya kepada media, menteri paling muda Kabinet 2018 itu menghormati keputusan perletakan jawatan individu yang membantunya sejak kempen untuk Pilihan Raya Umum lalu.

Katanya,

Segala khidmat kamu sebelum ini tidak ternilai sejak hari berkempen.

Moga sentiasa tabah dan saya sentiasa menghormati keputusan. Kamu akan sentiasa jadi `bro` saya

Numan Afifi yang tular sebelum dikecam kerana di dakwa memperjuangkan hak 'Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual' (LGBT) mengambil keputusan meletak jawatan daripada tugas sebagai pegawai media sementara Syed Saddiq.

Menerusi kenyataan medianya pada Isnin, Numan menyifatkan kecaman dan ancaman yang hebat oleh agen propaganda pembangkang telah menyebabkan mustahil lagi baginya menjalankan amanah yang diberi.