Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Sabah Sarawak tidak disisihkan

Pentadbiran kerajaan hari ini tidak perlu hadir dan tidak akan menyisihkan Sabah dan Sarawak.

Malah menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerajaan komited untuk menyamaratakan polisi kebajikan di kedua-dua buah negeri berkenaan seperti mana yang kita lihat dan dinikmati di semenanjung.

Jelasnya, ini tidak akan termasuk dalam isu pelaksanaan gaji minimum yang mana kerajaan akan menyamaratakan di semua negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

"Soal gaji minimum kita akan samakan dengan Semenanjung , sabah dan sarawak."

image 12

"Gaji minimum ini perlu di samakan di semua negeri," katanya dalam sesi dialog sempena Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertindak sebagai moderator.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan PH sudah memastikan bahawa barisan Kabinet mempunyai kapasiti yang sama di antara Semenanjung, dan Sabah serta Sarawak.

Ujarnya, Menteri yang berasal dari dua negeri merupakan individu yang lantang mengemukakan cadangan terhadap rakyat di Sabah dan Sarawak.

"Kita punya ahli kabinet yang sama.

"Mereka bukan diam sahaja tetapi mereka menegur lebih banyak dari yang lain," katanya.

Ditanya mengenai pembangunan infrastruktur di kedua-dua negeri berkenaan, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu mengambil kira komposisi rakyat.

Jelasnya segala infrastruktur yang dibina perlu mengambil kira perkara itu bagi memberikan pulangan kepada pelaburan kerajaan.

"Kita perlu bangunan infrastruktur sama seperti di Semenanjung. Tapi kita kena tengok jumlah penduduk di Sabah dan Sarawak.

"Sebenarnya kita ambil kita pulangan kepada pelaburan kerajaan," katanya lagi.