Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Halimah balas Yahya di PRK Seri Setia

Kekalahan dalam menjadi wakil rakyat untuk Dun Selat Klang pada PRU14 tidak menjadi penghalang untuk calon Pas PRK Dun Seri Setia, Dr. Halimah Ali, meraih sokongan untuk merampas kerusi Seri Setia.

prk seri setia

Halimah memberitahu, beliau melihat kekalahan pada PRU14 adalah disebabkan berlakunya persempadanan semula yang menjejaskan undi namun yakin dengan pengalaman mandat sebagai wakil rakyat selama dua penggal sebelum ini dapat membantu memberi keyakinan kepada pengundi di Dun Seri Setia.

“Saya menang dua penggal, saya kalah 500 undi mungkin kita lihat apa yang berlaku di Selangor, kurang sikitlah di Selat Kelang. Ini disebabkan persempadanan semula yang begitu pelik yang berlaku melibatkan Selat Klang, kawasan DAP, dua tempat mengundi dimasukkan dalam Selat Klang, jadi saya tidak sempat pun mahu dampingi mereka sebab selama ini mereka bawah Adun lain.

“Begitu juga Bandar Sultan Sulaiman bawah Dun Sementa yang dimasukkan ke Selat Klang.. yang dikeluarkan di tempat saya juga banyak walaupun ramai Cina India, dan mereka itu adalah penyokong dan pengundi saya.

“Satu kerusi Pas menang, kerusi lain kita tidak menang dan antara kerusi yang tidak menang, yang terbaik adalah di Selat Klang. Jadi itu agaknya kenapa Pas letak saya sebagai calon,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Operasi PRK PH Dun Seri Setia, Yahya Sahri yang mengecam strategi Pas meletakkan Halimah sebagai calon.

Yahya berkata, Halimah dilihat belum cukup untuk memberi keyakinan kepada pengundi di Seri Setia dan menyifatkan pengalaman dan pengaruh Halimah dalam PRK kali ini akan dipersoal setelah gagal memenangi kerusi Dun Selat Klang pada PRU14 yang lalu.

“Meletakkan Halimah satu keputusan yang salah sebab dia di Selat Klang pun kalah (pada PRU14). Jika betul berpengalaman dan berpengaruh, dia tidak akan kalah di tempat sendiri,” ujar Yahya.