Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Pertahan sebab Najib cemerlang, kata Ellie Suriaty

Pertahan sebab Najib cemerlang kata Ellie Suriaty

Sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Razak bukan atas dasar simpati tetapi kerana rekod cemerlangnya sebagai perdana menteri, ujar Ellie Suriati Omar.

Pelakon filem Spinning Gasing itu berkata kecemerlangan Najib bukan sahaja terbukti pada peringkat kebangsaan, malah diiktiraf badan antarabangsa.

“Saya datang semalam sememangnya untuk memberi sokongan kepada Najib kerana perkhidmatannya yang cemerlang sebagai perdana menteri untuk dua penggal.

“Kita sudah tengok buktinya ekonomi negara semakin kukuh dan ekonomi Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Adakah kita mahu menafikan kenyataan Bank Dunia?

“Kita tidak boleh menghukum seseorang itu selagi perbicaraan belum berlangsung tetapi persepsi bersalah itu sudah dimainkan dari awal lagi,” tambah pengarah filem Penanggal itu.

Hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, Ellie turut bersama lebih kurang 50 orang individu dari kumpulan penyokong yang membuat protes dan memberi sokongan moral terhadap Najib Razak.

Susulan kekecohan itu, polis mengarahkan kumpulan tersebut meninggalkan kompleks mahkamah atas alasan membuat bising didalam perkarangan Mahkamah seolah berkaroake.

Menafikan dirinya cuba mencetus provakasi, Ellie, 47, mengakui beliau antara orang yang meminta sidang media itu diadakan dalam bahasa melayu.

“Sudah tentulah suara saya kuat, saya orang teater. Suara saya yang paling lantang menyebabkan saya ditahan. Polis datang, saya pun angkat tangan. Tidaklah saya melawan polis dan memulakan provokasi.

“Kalau tidak kerana kami sehati sejiwa dan merasakan kepentingan bahasa melayu, laungan saya itu tidak akan disambut pun.

“Saya akhirnya tidak ditahan. Ramai di luar itu menyokong agar saya tidak ditahan. Saya pun berterima kasih kepada pihak polis yang berlembut,” katanya.