Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Pak Lah tampar saya, kata KJ

Kalah mahupun menang dalam saingan merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu, calon Presiden, Khairy Jamaluddin (KJ) teringin untuk terus menjadi ‘Singa UMNO’ di Dewan Rakyat bagi menentang Kerajaan Pakatan Harapan.

try gambar with caption

KJ berkata, beliau akan terus bersuara dan memastikan UMNO menjadi sebuah parti pembangkang yang kuat pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Tambahnya, jika kemenangan berpihak kepadanya, antara perkara yang akan dilakukan ialah menyediakan barisan menteri kabinet bayangan yang bertindak memantau dan menuntut janji 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan.

Kalaulah saya menang sebagai Presiden UMNO, perkara pertama sekali, saya akan susun barisan menteri kabinet bayangan dalam Dewan Rakyat. Walaupun kita kalah namun kita adalah parti kedua terbesar dalam Dewan Rakyat berbanding PAS.

Saya mahu tunjuk kepada rakyat bahawa UMNO tuntut janji Pakatan Harapan 100 hari seperti harga minyak turun, tol percuma, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditangguhkan untuk anak muda, dan harga barangan.

Kita mesti menunjukkan bahawa UMNO masih kuat, jangan buat sedih dan menyerah kalah (atas kekalahan). Kita mahu berunding dengan pihak lawan serta meminta nyawa daripada mereka.

Perlu dingatkan bahawa kita parti yang ada maruah, kita parti yang ada harga diri kalau kita nak runding, biar berunding dengan singa yang sudah mengaum dalam Dewan Rakyat

Demikian ulas KJ semasa berucap pada majlis Ramah Mesra Bersama Khairy Jamaluddin, di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada malam Khamis.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Setiausaha Barisan Nasional negeri, Datuk Omar Faudzar.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu bertanding merebut jawatan Presiden bersama dua lagi calon iaitu pemangku Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah Sabtu ini.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan beliau tidak akan sesekali meninggalkan parti keramat Melayu itu sebaliknya akan terus kekal setia dengan parti dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

Ujarnya lagi, beliau bertanding jawatan tertinggi parti itu dengan matlamat untuk menang kerana mahu membawa perubahan kepada UMNO dan tidak terfikir untuk berpaling tadah.

Andailah tidak menang merebut jawatan presiden nanti, saya takkan ke mana. Saya ada maruah dan harga diri. Kalau saya lompat, mana saya hendak letak muka saya.

Kalau saya lompat parti, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) tampar saya. Saya dalam politik, suka bercakap berbahas dan berdebat. Oleh itu, jika tidak dtakdirkan saya jadi presiden parti, izinkan saya jadi singa UMNO dalam Parlimen