Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

'Melayu ingat merdeka itu macam lampu Aladin'

Majlis Dakwah Negara menegur bangsa Melayu yang telah membuat satu kesilapan yang agak besar hingga berpecah belah hanya kerana perbezaan ideologi politik di negara ini.

image 16

“Dulu kita bersatu padu sampai berjaya merdeka tanpa berlaku pertumpahan darah tapi orang Melayu telah membuat satu kesilapan yang besar. Mereka ingatkan kemerdekaan itu adalah lampu Aladdin yang boleh menyelesaikan semua masalah maka kita lahir sebagai satu golongan majoriti yang lupa daratan.

“Kita mengajar orang Melayu sebagai bangsa yang subsidi, malas bekerja, merasakan diri mereka itu selamat dan tidak ada apa-apa ancaman lalu kita berebut rezeki dan kuasa. Masing-masing mementingkan diri dan berlakulah perpecahan,” katanya.

Tegasnya, perpecahan dalam politik itu sehingga menyebabkan lahirnya dua imam.

“Kita berpolitik sampai tuduh kafir-mengkafir, madrasah melahirkan imam yang lebih daripada satu sedangkan dalam Islam kalau terjadi dua kelompok berjemaah maka batal jemaah kita itu tapi ini tidak dihiraukan orang politik.

“Politik ini perjuangan Islam tapi oleh kerana tujuannya ialah kekuasaan maka kita langgar semua sekali. Kita sedang menghadapi gugatan sosial kerana kita terpaksa tumpukan perjuangan kita kepada perjuangan politik,” katanya.

Katanya, bangsa Melayu kini sudah benar-benar terbelah apatah lagi dengan parti-parti politik Melayu baharu yang lahir dari semasa ke semasa.

“Sekarang ini orang Melayu yang kami sifatkan sebagai retak menunggu belah betul-betul terbelah antara satu sama lain. Bermusuh sesama sendiri. Pas dengan Amanah seolah-olah orang Rom dengan Parsi.

“Umno dengan Pas gagal untuk berbaik antara satu sama lain. PKR dengan Bersatu telah menampakkan keretakan yang menanti belah antara satu sama lain. Di mana kita sekarang?

“Oleh kerana itu saya mengajak rakyat di seluruh negara supaya pergantungan kita kepada orang politik tidak lagi 100 peratus,” katanya. Berita Politik