Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Matinya YB Eddie yang kaki fitnah, kata Razlan

Matinya YB Eddie yang kaki fitnah kata Razlan

Ketika sahabat handai serta keluarga sedang bersedih atas pemergian mendiang YB Eddie Ng, ADUN Balakong; Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii dikecam netizen apabila mengeluarkan kenyataan yang keras keatas mendiang yang baharu sahaja maut dalam satu kemalangan jalan raya.

Katanya dalam kenyataan tersebut,

Matinya seorang yang suka fitnah dan hati busuk kepada Rakyat Malaysia!

Kurang lagi kaki fitnah! Aman Malaysia! RIP

Razlan yang lainnya juga menyandang jawatan Naib ketua Umno Seputeh itu menulis demikian sebagai balasan kepada status sosial media pemimpin DAP Ong Kian Ming yang mendoakan mendiang dengan ucapan:

RIP (bersemadilah dengan aman) komrad dan sahabat.

Aku akan sentiasa merindui suara gelak tawa dan senyumanmu

Mendiang Eddie, yang mewakili Pakatan Harapan meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuh Raya Cheras - Kajang awal pagi tadi.

Menurut sumber, media melaporkan, mangsa memandu kereta Nissan X-Trail apabila melanggar belakang sebuah lori di lebuh raya kendalian syarikat Grand Saga Sdn Bhd itu.

Sementara itu, kenyataan Razlan itu mendapat kecaman pelbagai lapisan pengguna maya.

Razlan Rafii hina YG Eddie

Ianya itu turut mengundang balasan seorang wanita yang mengaku sebagai anak bekas anggota parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail yang meninggal dunia Februari lalu.

Katanya,

Mulut jahat eh kau ni Razlan? Rileks sikit boleh tak? Apa beza kau dengan orang yang kutuk bapak aku meninggal hari itu?

Kau tau apa aku rasa masa dapat berita ini? Berkecai hati aku orang kata bapa aku. Kau tak fikir ke perasaan keluarga si mati tu?

Dalam laporan sebelumnya, seorang wanita muslimah yang pernah menjadikan mendiang Eddie sebagai majikan selama 3 tahun turut menyuarakan kesedihan diatas kehilangan bekas majikannya itu yang didakwa seorang yang menghormati agama dan bangsa lain serta bertolak ansur.

YB Eddie Kemalangan Maut