Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Maszlee ajak pemimpin Umno dan Pas berpidato

Maszlee ajak pemimpin Umno dan Pas berpidato

KUALA LUMPUR: Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan memgajak tokoh politik dari kerajaan PH dan pembangkang untuk berpidato di universiti-universiti awam seluruh negara.

Menurutnya, pendekatan ini membuktikan Malaysia baharu menjadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka.

Jelas beliau, beberapa program termasuk program pejuang demokrasi Hishammuddin Rais yang dibatalkan UKM minggu lalu dan mahukan parti pembangkang seperti Umno dan Pas menggunakan kesempatan itu.

“Terima kasih kepada pelajar UIA dan UKM yang adakan wacana ilmiah, mengundang Hishamuddin Rais walaupun asalnya terdapat salah faham. Saya tegaskan Malaysia baharu ini jadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka.

“Semalam Prof Azmi Sharom datang UKM, dua hari lepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang buat pertama kali pembangkang dibenarkan berpidato di universiti awam tanpa sekatan.

Ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini, beliay berkata, “Lepas ini diharapkan Pas dan Umno turut hadir ke universiti-universiti awam, kita buka ruang,”

Dalam masa sama, pemimpin Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyambut baik keterbukaan Maszlee yang membenarkan presiden partinya menjadi tetamu di universiti awam dan menganggap ia kejayaan manifesto PH.

“Walaupun keterbukaan ini bukanlah buat julung kalinya kepada pemimpin utama Pas yang telah pun berkali-kali berpentas di universiti-universiti awam sebelum ini, terutama di Universiti Malaya (UM), tetapi suasana kebebasan itu dilihat semakin muram dengan sekatan demi sekatan melalui akta dan arahan daripada pihak universiti yang dicengkam kuasa politik pemerintah BN akibat terlalu bimbangkan kemaraan parti-parti pembangkang di dalam menguasai minda anak muda.

Menurutnya lagi. “Ini adalah di antara kejayaan melaksanakan manifesto PRU14 oleh kerajaan PH untuk rakyat. Kita nikmatinya bersama”.