Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

KKM Nafi Kerajaan Akan Mansuh Caj Rawatan RM1

Beberapa hari lalu tular melalui status Facebook milik seorang individu apabila dikatakan kerajaan bakal memperkenalkan insuran kesihatan bagi semua golongan untuk menampung kos rawatan di hospital di Malaysia.

Pelaksanaan skim insuran tersebut untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) menjelang awal tahun depan. Berita ini membimbangkan orang ramai kerana mereka berpendapat, jika skim ini dilaksanakan, ia menunjukkan bahawa subsidi rawatan yang dinikmati rakyat selama 40 tahun ini akan dimansuhkan.

hahaha

Susulan berita itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menafikan dakwaan kononnya akan menghapuskan caj rawatan RM1 di semua klinik dan hospital awam berikutan pelaksanaan skim insuran kesihatan sosial yang bakal diperkenalkan.

Pemilik akaun yang menyebarkan berita itu mendakwa skim insuran tersebut akan membuat penolakan sebanyak 5% daripada gaji bulanan yang dikenakan kepada semua rakyat Malaysia tanpa pengecualian.

Bagaimanpun, KKM telah memuat naik satu status melalui laman Facebook rasmi mereka memberitahu bahawa dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Kementerian Kesihatan Malaysia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti status yang ditulis pemilik akaun FB terlibat. Mohon supaya tidak berkongsi berita palsu ini.”

SUMBER