Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Khairy 'berasa kecewa kalau itu arahan Najib'

Khairy berasa kecewa kalau itu arahan Najib

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan, sebelum ini Najib tidak pernah melaporkan kepada jemaah menteri berkaitan 1MDB dan juga Jho Low.

Sekiranya benar dakwaan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak bekas Perdana Menteri mengarahkan pindaan dibuat dalam Laporan Audit 1MDB, ia disifatkan sebagai satu tindakan serius yang mengecewakan Umno dan BN.

“Kalau berlaku arahan untuk memadamkan kehadiran Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB, ini adalah satu tindakan serius yang mnegecewakan, tapi apa-apa pun kita tunggu hasil siasatan.

“Sebenarnya banyak perkara mengenai 1MDB ini tidak dimaklumkan kepada jemaah menteri,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Kata beliau, semalam Najib telah memberi penjelasan bahawa dalam jawapan di Parlimen sebelum ini, beliau pernah mengesahkan melalui Kementerian Kewangan mengenai kehadiran Jho Low dalam mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.

Justeru itu, katanya jika benar mengapa timbul kenyataan daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang menyatakan bahawa ada arahan untuk meminda laporan audit 1MDB tersebut.

“Jadi di situ ada percanggahan penjelasan daripada Najib dan juga pendirian daripada Ketua Audit Negara.

“Kita tunggu penjelasan daripada Ketua Audit Negara tentang perkara ini dan juga siasatan yang telah bermula hari ini dengan beberapa orang telah dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk beri keterangan,” ujarnya.

Dalam masa itu, Khairy menyifatkan tindakan meminda laporan Jabatan Audit Negara adalah satu tidak tidak wajar kerana badan tersebut bebas dan berkecuali.

“Tak boleh diarah untuk dipinda dan sebagainya. Saya sebagai bekas menteri pun banyak kali kementerian saya disiasat diaudit dan ditegur.

Katanya juga, “Dan kita terima, sebab itu perkara biasa dalam kerajaan. Mesti diaudit dan kelemahan-kelemahan mesti diatasi”.