Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Khairy - Tak perlu lagi berhimpun, kerajaan dah batal ICERD

Khairy Tak perlu lagi berhimpun kerajaan dah batal ICERD

KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Bekas Menteri Belia dan Sukan menggesa himpunan meraikan kejayaan menentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) 8 Disember ini, tidak diteruskan.

Beliau menjelaskan, rasionalnya memandangkan kerajaan telah membatalkan cadangan untuk meratifikasi ICERD jadi inilah masanya untuk mengurangkan "suhu" politik negara.

"Kerajaan dah batal cadangan untuk ratifikasi ICERD.

Dipetik melalui Twitterny, "Ini masa untuk kurangkan ‘suhu’ politik negara. Lebih baik tidak diteruskan lagi". 

Pejabat Perdana Menteri telah memutuskan bahawa kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD hari ini.

Susulan itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas berkata meskipun Pas menyambut baik keputusan kerajaan itu, himpunan tolak ICERD yang dijadual 8 Disember ini akan diteruskan seperti dirancang namun format ditukar kepada himpunan meraikan kejayaan rakyat membantah ICERD.

BACA: Kerajaan nyata pendirian tidak akan meratifikasikan ICERD

"Himpunan akan diteruskan cuma kita tukar format dan lokasi. Format bantahan akan bertukar meraikan kesyukuran kejayaan rakyat menolak ICERD sehingga didengari kerajaan.

"Format himpunan 8 Disember ini akan menjurus kepada tanda terima kasih kepada kerajaan yang mendengar suara rakyat.

"Lokasi pula mungkin akan di ubah ke Padang Merbok, bukannya Dataran Merdeka seperti dirancang sebelum ini. Bahkan, perarakan peserta di check-point tertentu juga akan dibatalkan, semua akan berhimpun di Padang Merbok yang akan diisi dengan majlis kesyukuran, doa rakyat dan ucapan pimpinan yang hadir," kata beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga mengulas, himpunan itu terpaksa diteruskan kerana peserta telah membuat tempahan bas dan hotel.

"Masa terlalu singkat, jadi kita teruskan acara seperti direncanakan cuma ia bertukar format dan pengisian sahaja.

Katanya juga, "Kenyataan rasmi bersama antara penganjur himpunan akan dikeluarkan dalam masa terdekat".