Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Kabinet putuskan tolak ICERD

Kabinet putuskan tolak ICERD

PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, keputusan kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Kerajaan PH bersikap terbuka dan memberi peluang kepada rakyat membicarakan hal-hal rumit yang sebelum ini 'tertutup' rapat seperti isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dan terkini ICERD, katanya.

Dalam sidang media selepas merasmikan Hari Integriti Kementerian Luar di sini hari ini, beliau berkata, "Tetapi apabila sampai ke tahap 'alergik' ICERD, maka Kabinet menggunakan kebijaksanaan membuat keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi konvensyen itu".

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD.

Menurut kenyataan itu, “Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini”.  – Bernama