Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Isu hapus tol tanya saya: Guan Eng

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata MCA sepatutnya kita harus menyuarakan isu untuk penghapusan tol kepada beliau sekiranya mereka betul-betul mahu mengurangkan beban rakyat.

Katanya parti itu tidak perlu untuk kita dan tidak sepatutnya bertanyakan kepada calon PH PRK Dun Balakong, Wong Siew Ki ketika berkempen kerana beliau bukan menteri.

image 11

“Siew Ki bukan menteri, kenapa tanya dia? Kalau nak tanya pasal tol, anda patut tanya saya, sebab sayalah menteri, “ katanya ketika menyampaikan ceramah umum PH Dun Balakong di sini, malam tadi.

Jumaat lepas, calon MCA Tan Chee Teong dalam satu kenyataan membidas Wong yang gagal menjawab isu berkaitan kegagalan pemansuhan tol oleh kerajaan seperti dalam janji manifesto.

Tan berkata penduduk Balakong seakan terperangkap dengan tujuh tol untuk keluar ke Kajang atau Kuala Lumpur, yang dilihat menjadi beban kepada mereka.

Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP berharap agar rakyat sabar dalam memberikan masa kepada kerajaan PH yang masih baru untuk menunaikan janji-janji terhadap mereka.

“PH baru sahaja empat bulan dalam kerajaan dan perlukan masa untuk mengukuhkan ekonomi dan melangsaikan hutang-hutang kerajaan terdahulu.

“Kami tidak mahu rakyat terbeban lagi dengan hutang RM1trillion yang ditinggalkan BN dan kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya dan menunaikan janji bagi meringankan beban rakyat,” katanya.

Sementara itu, Siew Ki mencabar Chee Teong untuk mengadakan perbahasan berkenaan isu-isu pembangunan kawasan Balakong.

Katanya sepatutnya satu perbahasan akan diadakan pada tengah hari ini dengan Chee Teong, namun beliau difahamkan telah ditangguhkan pada saat-saat akhir atas alasan jadual padat.

“Pada mulanya saya sangat teruja apabila Chee Teong bersetuju untuk berbahas dengan saya namun semalam saya diberitahu mereka tidak dapat hadir akibat kekangan masa.

“Namun, saya cabar mereka untuk berbahas dengan saya dan saya rela meluangkan masa untuk sesi itu sekiranya mereka bersetuju menyahut cabaran itu,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adun Balakong maut kemalangan]

PRK Dun Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya, Eddie Ng dalam satu kemalangan jalan raya, 20 Julai lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 , Eddie Ng yang mewakili DAP menewaskan calon BN, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (Pas) dengan majoriti 35,538 undi. - Bernama