Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

ICERD tidak sesuai di Malaysia - Mufti Wilayah Perseketuan

ICERD tidak sesuai di Malaysia Mufti Wilayah Perseketuan

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan memutuskan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak perlu dan tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Katanya, keburukan pelaksanaan ICERD dikhuatiri lebih besar daripada kebaikannya.

“Meratifikasi ICERD secara sewenang-wenang akan dilihat mendahului kuasa dan kedudukan Majlis Raja-Raja kerana sebarang perkara yang menyentuh kedudukan istimewa Melayu dan anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, “Membuka ruang kepada mana-mana pihak mencabar keabsahan (kesahan) Perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan ICERD pada masa akan datang serta membuka ruang kepada mana-mana pihak mencabar kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang memperuntukkan keistimewaan terhadap agama Islam”.

Dalam masa yang sama, beliau berkata Perlembagaan sudah menjamin hak setiap warganegara tanpa mengira agama dan bangsa sekaligus tidak timbul soal menzalimi serta mencabul hak asasi manusia di negara ini.

“Bukanlah kami bermaksud Islam itu tidak komited terhadap segala bentuk pengesahan konvensyen antarabangsa terutama berkaitan hak asasi manusia.

“Namun dalam konteks Malaysia, sebarang ratifikasi yang menyentuh isu bangsa dan agama sewajarnya memerlukan jawatankuasa yang inklusif pada peringkat pusat serta mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja,” ujarnya.

Tambah beliau, menyifatkan hujah yang menyatakan bahawa Malaysia wajar meratifikasi ICERD kerana negara-negara Islam lain turut meratifikasinya adalah tidak sesuai untuk diterima.

“Ini kerana sejarah, adat dan uruf setempat yang berbeza. Apatah lagi mereka yang meratifikasinya tidak semestinya memahami segala perkara yang diperuntukkan di bawah konvensyen tersebut seperti Israel.

Kata Mufti Wilayah itu lagi, “Namun kami menghormati keputusan negara-negara Islam seperti Palestin dan Arab Saudi yang menandatangani konvensyen itu”.