Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Berita palsu dasar hapus kenderaan lebih 10 tahun tular

Tular di media sosial beberapa hari lepas yang mendakwa bahawa kerajaan yang diterajui oleh parti kompenen Pakatan Harapan hari ini, Kementerian Pengangkutan amnya, telah membuat dasar hapuskan kenderaan yang sudah berusia lebih 10 tahun.

hapus kenderaan lebih 10 tahun Anthony

Sedar akan perkara itu setelah menerima info, Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook tampil menafikannya dakwaan tersebut.

Menurut Anthony, berita ini tersebar di media sosial melalui proksi-proksi pembangkang yang berupa akaun peribadi, akaun palsu, fan-pages dan lain-lain adalah bertujuan berpolitik fitnah.

Tambahnya, beliau selaku Menteri Pengangkutan Malaysia tidak pernah membuat keputusan sebegini sebagai dasar baharu. Katanya,

Berita palsu ini disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan tidak pernah membuat keputusan sebegini.

Sekian harap maklum.

Terdahulu Anthony Loke telah dilantik sebagai Menteri Pengakutan dibawah kabinet Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 pada 2 bulan lepas.