Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Hadi sampaikan ceramah di Baling

Hadi sampaikan ceramah di Baling

BALING: Kira-kira 5,000 orang memenuhi pekarangan Pondok Misbah Al Falah malam kelmarin bagi mendengar ceramah Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Orang ramai mula memasuki padang Pondok Misbah Al Falah seawal jam 9 malam bagi mengikuti ceramah presiden Pas itu.

Ceramah dimulakan dengan bacaan doa sebelum ucapan Mudir Madrasah Misbah Al Falah, Ustaz Md Mukhtar Omar Zuhdi.

Sebelum ini, Abdul Hadi mengadakan perjumpaan tertutup bersama guru-guru pondok di pondok berkenaan sebelum meluangkan masa melawat tapak pembinaan kompleks Pas Baling di Kupang.