Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Guan Eng 'Utusan boleh tahu pindaan 1MDB?'

Guan Eng Utusan boleh tahu pindaan 1MDB

KUALA LUMPUR: Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan mempersoalkan bagaimana Utusan Malaysia boleh melaporkan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) lebih awal sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan.

Beliau agak terkejut apabila membaca laporan akhbar milik UMNO yang hanya memetik sumber mengenai isu tersebut.

Beliau berkata kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini, “Saya terkejut macam mana Utusan boleh tahu. Adakah utusan akan ditanya macam mana Utusan boleh tahu kenapa tak persoalkan Utusan wajar ke tak wajar keluar kenyataan jauh lebih awal”.

Demikian mengulasnya mengenai kenyataan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang mengesahkan laporan akhir pengauditan 1MDB telah dipinda atas arahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Pada itu, Utusan Malaysia pada Jumaat lalu telah mengeluarkan laporan secara terperinci mengenai pindaan 1MDB bagi mengeluarkan maklumat berkaitan Najib dan Jho low atas arahan bekas perdana menteri itu sendiri.

Madihah dalam kenyataannya mendakwa arahan pindaaan tersebut berlaku dalam satu mesyuarat dengan melibatkan bekas Ketua Setiausaha Sulit, Tan Sri Shukry Salleh dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.