Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Datuk Jamal ditangkap di Indonesia

Datuk Seri Jamal Md Yunos yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar telah ditangkap oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI), kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"PDRM telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa beliau pulang ke Malaysia.

"Saya Ingin mengucap terima kasih kepada pemerintah Republik Indonesia, khususnya Polis Negara Republik Indonesia (POLRI), diatas bantuan mereka," ujar Tan Sri Muhyiddin dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Jamal dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan pelbagai kes yang dikaitkan terhadapnya.

Bekas calon Ketua Pemuda UMNO itu telah melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan keatasnya di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.

Salah satu dakwaan, beliau didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.

Serta dia juga disiasat mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.

Mahkamah Majistret Shah Alam kemudian mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal pada 8 Jun lalu.

Sebelum ini Jamal ada membuat video-video live menerusi Facebook di lokasi-lokasi tidak diketahui, antaranya video menafikan beliau melarikan diri keluar negara, dalam video tersebut Jamal menyatakan beliau masih di Malaysia.