Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Cuti tambahan 2 hari jika Pakatan Harapan memerintah

Pakatan Harapan memberikan solusi terbaik kepada rakyat dengan memberikan cuti umum 2 hari jika memenangi pilihan raya umum ke - 14. Tindakan yang prihatin, dan berjiwa rakyat itu ternyata memberikan impak positif dan menggalakkan seluruh rakyat Malaysia tidak takut untuk pulang mengundi.

cuti 5 hari jika pakatan menang 1

Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi mengumumkan akan memberikan dua hari cuti tambahan percuma sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan yang baru.

Mahathir berkata, selain cuti umum yang diberikan pada hari Rabu sebagai hari mengundi, dua hari lagi cuti iaitu pada Khamis dan Jumaat akan diberikan sekaligus menjadikan jumlah cuti selama lima hari termasuk cuti hujung minggu. Rakyat pasti gembira kerana mendapat cuti yang lebih bagi meraikan kerajaan yang baru.

“Saya yakin yang bertanding akan bekerja keras dan menjadi lemah letih kerana bekerja kuat. Sebab itu PH bila dirikan kerajaan akan berikan cuti pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat," ucap Tun M yang disambut tepukan gemuruh hadirin yang hadir pada majlis Taklimat Calon-calon Pakatan Harapan di Auditorium MPSJ, semalam.

Katanya, walaupun beliau seorang yang tak suka cuti namun beliau tahu ramai yang suka cuti dan cuti ini perlu bagi memudahkan urusan rakyat.

“Negara kita dah terlalu banyak cuti. Tapi ini kali, ini kali sahajalah,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau, pemimpin Pakatan Harapan mesti bekerja keras kerana mereka perlu mendapatkan pengesahan Yang di-Pertuan Agong sejurus kemenangan itu.

“Kita telah menang jadi kita perlu pilih perdana menteri dan perdana menteri perlu memilih kabinetnya. Bermakna kita perlu kerja keras, kita tak mahu tunggu lama-lama,” katanya.

Beliau berkata, sementara rakyat dapat lima hari cuti, yang menang perlu bekerja keras untuk mendirikan kerajaan baru dan agihkan jawatan dan sanggup kerja di masa orang lain cuti.

“Itulah kualiti yang akan diperkenalkan. Kita akan rajin kerja lebih daripada rakyat supaya rakyat boleh hidup lebih sempurna,” ulas Tun M penuh yakin.

Nota tambahan: Rakyat Malaysia akan bercuti selama 5 hari secara keseluruhan jika Pakatan Harapan memenangi PRU ke 14 ini. Jadi tidak perlu risau dan takut untuk pulang mengundi, kerana ada tambahan cuti kelak. Share dan Viralkan artikel ini kepada rakan sekerja anda, galakkan mereka pulang ke tempat pengundian masing-masing.