Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Buat kecoh di mahkamah, Ellie Suriaty menyokong padu Najib

Ellie Suriaty tetap sokong Najib

Pelakon berbakat, Ellie Suriaty hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ellie telah memuat naik rakaman video kata-kata semangat kepada bekas presiden UMNO tersebut di laman Facebook peribadi miliknya.

Pelakon berusia 48 tahun adalah merupakan antara selebriti yang menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib.

Antara yang dapat didengar dari rakaman video itu adalah Ellie melaungkan "bebas Najib!'.

Ellie setia menunggu di luar mahkamah menantikan proses pendakwaan dijalankan bersama hampir 50 orang penyokong Najib.

Bagaimanapun pasukan keselamatan berjaya mengawal dan meleraikan kekecohan itu.