Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Awie sokong kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan

Sempena Malaysia Baru, vokalis band lagenda Wings, Datuk Awie yang pernah ditarik secara tidak langsung untuk terlibat dalam kempen berkaitan pilihan raya umum BN memasang harapan agar kelangsungan kariernya sebagai anak seni tidak terjejas selepas ini.

Awie motor besar

Awie kini bersikap terbuka untuk menyokong kerajaan Pakatan Harapan - kerana berpendapat artis tidak sepatutnya berpihak kekal kepada mana-mana parti kerana cenderung untuk ditarik oleh parti memerintah bagi kelancaran dan kelangsungkan kerjaya mereka - Awie berkata dia turut sedia membantu Kerajaan lagi jika diperlukan.

Penyanyi yang bersuara lantang itu bagaimanapun menyedari dia tidak dapat mengelak daripada berdepan kecaman orang ramai yang akan menganggapnya tiada pendirian.

“Dulu saya selalu setuju untuk hadiri jemputan dan lakukan aktiviti berkaitan kempen kerana ingin meneruskan kesinambungan hidup bagi menanggung anak dan isteri, kerana parti itu adalah parti yang memegang kerajaan ketika itu, dan kami dibayar untuk setiap show dan aktiviti.

“Begitu juga dengan sekarang, jika kerajaan baru perlukan saya sebagaimana saya diundang oleh parti pemerintah lepas, saya tak keberatan. Saya artis, orang cari makan melalui kerjaya yang landasannya dibawah naungan kerajaan, bukan ahli politik, saya tidak cari musuh.

“Malah memang menjadi tanggungjawab artis menguar-uarkan kebaikan kerajaan,” katanya ketika ditemui pada sidang media mempromosi filem terbaru lakonannya, Hantu Kak Limah, di Kuala Lumpur semalam.

Namun pemilik nama penuh Ahmad Azhar Othman itu berpegang teguh kepada pendirian menyokong kepimpinan Pakatan Harapan yang terbentuk selepas PRU pada 9 Mei lalu.

Kata Awie, 49, keputusan itu bukan kerana dia mempunyai sifat yang boleh diibaratkan seperti lalang.

“Siapa lebih bagus memimpin rakyat, itulah yang kita akan sokong, lagipun saya orang seni,” katanya.

Selama 33 tahun bergelumang dalam dunia hiburan, Awie yang popular dengan filem seperti Sembilu, Tragedi October, Bara dan Baik Punya Cilok itu berkata dia telah menempuhi pelbagai peristiwa.

“Saya pernah berkempen untuk kerajaan sejak Tun Dr Mahathir Mohamad jadi perdana menteri kali pertama, sampailah ke Datuk Seri Najib Razak.

“Pelbagai perkara sudah dilalui tetapi yang jelas artis sentiasa berada di depan sebagai jentera membantu kerajaan memerintah sedia ada,” katanya sambil menegaskan undi sememangnya rahsia.

Sementara itu, berkongsi lanjut mengenai pembabitannya dalam karya arahan Mamat Khalid, Awie berkata, tinggi harapannya untuk melihat karya dihasilkan pengarah popular berkenaan berjaya membeli jiwa peminat.

“Saya tidak bosan melakonkan watak sebagai Husin kerana Mamat Khalid sentiasa menonjolkan pelbagai sisi yang terdapat pada karakter itu.

“Meskipun Hantu Kak Limah menggabungkan kombinasi antara pelakon lama dan baru seperti Uqasha Senrose, kami tidak berdepan sebarang masalah untuk menjayakan filem itu kerana masing-masing menghormati pengarah,” katanya.