Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Anwar sindir sesetengah individu di Malaysia

Anwar sindir sesetengah individu di Malaysia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR menyindir sesetengah individu yang masih sibuk mahu melaksanakan undang-undang Islam namun tidak peduli soal pemimpin Muslim yang mencuri duit berbilion ringgit.

Menurut beliau, bangsa ini masih mengikut pemimpin secara membuta tuli seperti dulu.

“Za’ba pada awal abad 20, beliau kritik bangsanya sendiri kerana mengikut pemimpin membuta tuli. Ini tidak berubah sedekad kemudian. Za’ba menyuarakan kepentingan bercakap benar walaupun tak selesa.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, “Hari ini masih ada individu yang memilih untuk fokus kepada isu pelaksanaan undang-undang Islam tapi abaikan soal duit berbilion ringgit yang dicuri oleh sesetengah pemimpin Muslim”.

Anwar memaklumkan sempat menyampaikan ucapan untuk ‘Syarahan Za’ba di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau berikrar akan bekerja keras bagi menarik pelaburan ke Port Dickson bagi membantu rakyat di kawasan itu yang masih dilanda kemiskinan.

“Di kawasan saya, mereka bukan saja Melayu tapi Cina dan India, banyak fasiliti moden dan resort pelancongan tak jauh dari situ ada nelayan dan pekerja estet yang hidup miskin.

Katanya lagi, “Saya akan berusaha menarik pelaburan yang bukan saja nampak hebat di kertas tapi akan tingkatkan kehidupan seharian mereka yang sekarang ini tertinggal dalam perkembangan ekonomi. Saya anti diskriminasi dan percaya keadilan untuk semua umat manusia”.