Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Akaun tabung derma Bantu Najib dibekukan

Akaun tabung derma Bantu Najib dibekukan

Akaun bank yang dibuka oleh UMNO Pekan yang bertujuan mengumpul dana bagi membantu urusan Ahli Parlimennya yang juga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung kes-kes yang difailkan termasuk SRC dan 1MDB dilaporkan telah dibekukan.

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua UMNO Pekan, Datuk Zalmah Abdul Rahman, selepas menyedarinya pagi Sabtu.

Datuk Zalmah ketika dihubungi berkata,

UMNO Pekan buka akaun bank ini untuk kumpul duit bayar ikat jamin Datuk Seri Najib.

Saya cuma tahu ia dibekukan pagi tadi, pembekuan akaun ini hanya terjadi di Pekan, tempat lain, tak tahulah.

Sungguhpun demikian, tabung derma Bantu Najib yang dikendalikan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii difahamkan masih beroperasi.

Razlan melalui Twitternya menulis, akaun tabung Bantu Najib masih beroperasi seperti biasa, tidak dibekukan, malah akan dibuka sehingga jam 12 tengah hari Isnin nanti.

Difahamkan dana itu telah mengumpul derma berjumlah RM223,908 setakat 5 petang Jumaat lepas.

Ujarnya, derma itu juga bertujuan membantu Najib membayar ikat jamin berjumlah RM500,000 pada Isnin ini.